Secara default, perisian Firefox akan menyimpan sebanyak mungkin sejarah maklumat mengenai anda bagi memudahkan anda melakukan sesi pelayaran laman web. Walau bagaimanapun, dengan menyimpan semua maklumat-maklumat sejarah ini, sesiapa sahaja yang mempunyai akses ke atas perisian Firefox anda, boleh mendapatkan maklumat-maklumat peribadi anda.
Sekiranya anda melayari Internet di rumah, adalah logik untuk menetapkan Firefox supaya mengingati semua sejarah ini, bagaimanapun sekiranya anda menggunakan komputer di tempat-tempat awam seperti di pejabat, di sekolah atau di kafe siber, adalah sangat berbahaya.
Dengan membuang sejarah atau History setiap kali anda keluar dari Firefox, keselamatan peribadi anda akan lebih dilindungi.
1) Lancarkan Firefox
2) Dari menu, pilih Tools -> Options.

3) Dalam tetingkap Options, pilih tab Privacy.

4) Di bahagian History, sila klik menu drop-down dan pilih Use custom settings for history.

5) Apabila aturan custom dipilih, sila tandakan pada opsyen Clear history when Firefox closes.

6) Klik butang Settings untuk memilih jenis-jenis data yang ingin dibuang.

7) Klik OK dan OK sekali lagi untuk meyimpan aturan
0 comments:
Post a Comment